Wednesday, August 15, 2012

Ter'Obses' Video Editing


Anda kenal paparan video editing ini? Ya, inilah Sony Vegas Pro 11. Selepas berguru dengan Puan Diyana Tahir pada seminar beliau yang agak famous, Seminar Video Internet Marketing Teknologi (VIMT) pada tahun ini, aku semakin obses menggunakan Sony Vegas. Pada seminar VIMT, kami hanyalah diajar menggunakan basic sony vegas, Vegas Movie Studio HD Platinum 10.0. Disebabkan aku tak mungkin ke seminar video advanced beliau buat masa terdekat (takde bajet), jadi aku usha2 sendiri je la vegas pro. Alhamdulillah, makin di explore makin faham cara penggunaannya. Bila dah didedahkan dengan basic, baru ada semangat nak explore, sebab dah nampak view. Cuma bab 3D blum pandai lagi. Sebelum ni pernah je buka aplikasi vegas ni, tapi tak tahu pun nak mula macam mana. Dah kenal, senang je rupanya. n_n.

Orait, screen di atas adalah kerja-kerja iCEPS8 USIM aku. Disebabkan tanggungjawab aku dalam iCEPS8 berada dalam Unit Dokumentasi dan Multimedia, kemahiran vegas yang baru aku dapat ketika exam semester 6 sangatlah membantu. Sebab ini jugalah kemahiran menggunakan vegas makin meningkat.

Video dah siap. Inilah hasilnya. Check it out! Sponsorlah kami untuk projek kami ini ^^, . Penat tau aku layan video editing ni. ehe. fmnstudio mempersembahkan... iCEPS USIM Preview!


0 comments:

Post a Comment

Welcome

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More