Wall01

So cute baby~

Ramadan01

Salam Ramadan Kareem

Design

Bicara Siswi 2011

design

Majlis Pelancaran dan Forum: Budaya Islam Kontemporari

Design

Interfaith Dialogue 2011

Wednesday, August 15, 2012

Ter'Obses' Video Editing


Anda kenal paparan video editing ini? Ya, inilah Sony Vegas Pro 11. Selepas berguru dengan Puan Diyana Tahir pada seminar beliau yang agak famous, Seminar Video Internet Marketing Teknologi (VIMT) pada tahun ini, aku semakin obses menggunakan Sony Vegas. Pada seminar VIMT, kami hanyalah diajar menggunakan basic sony vegas, Vegas Movie Studio HD Platinum 10.0. Disebabkan aku tak mungkin ke seminar video advanced beliau buat masa terdekat (takde bajet), jadi aku usha2 sendiri je la vegas pro. Alhamdulillah, makin di explore makin faham cara penggunaannya. Bila dah didedahkan dengan basic, baru ada semangat nak explore, sebab dah nampak view. Cuma bab 3D blum pandai lagi. Sebelum ni pernah je buka aplikasi vegas ni, tapi tak tahu pun nak mula macam mana. Dah kenal, senang je rupanya. n_n.

Orait, screen di atas adalah kerja-kerja iCEPS8 USIM aku. Disebabkan tanggungjawab aku dalam iCEPS8 berada dalam Unit Dokumentasi dan Multimedia, kemahiran vegas yang baru aku dapat ketika exam semester 6 sangatlah membantu. Sebab ini jugalah kemahiran menggunakan vegas makin meningkat.

Video dah siap. Inilah hasilnya. Check it out! Sponsorlah kami untuk projek kami ini ^^, . Penat tau aku layan video editing ni. ehe. fmnstudio mempersembahkan... iCEPS USIM Preview!


Object Dock pada Windows 7


Melihat apperance Mac pada laptop apple yang dipasang pensyarah, segera dicari software dock itu... =) yap, compatible with Windows 7!

This is my current desktop

Two dock. Yang dibawah namanya 'objectdock'. Dock inilah yang menarik minatku pada screen Mac, pc apple. Tapi apple bukan menggunakan dock, mmg taskbarnya begitu. Jadi kita yang bukan pengguna pc mac, nak tiru juga, kena la pakai aplikasi tambahan. Di halaman desktop pula, yang berbentuk bulatan pula merupakan 'circledock'.

Berminat? Mau try?

Boleh klik link di bawah untuk download.

Objectdock (20.44MB)
Circledock -64bit only (19.66MB)

Post ini akan berkongsi lebih berkenaan Object Dock.

Anda boleh hilangkan taskbar jika mahu. Tapi perlu ubah setting sedikit. Tick pada show all open windows.

kalau ada yang xtahu, inilah taskbar ye

Buka tetingkap object dock settings, pada tab Home,Tick pada Show all open windows

Tak cukup dengan itu, anda perlu menambah beberapa item lain jika ingin terus menggunakan object dock tanpa taskbar, yang seolah-olah menampakkan pc anda seperti pc apple. Ini kerana anda akan kehilangan items ini jikalau taskbar ditutup:
i. Battery Status
ii. Volume
iii. USB Safely Remove
iv. Wifi

Betul x? Haa, inilah masalah yang kerap kali ditanya oleh kebanyakan rakanku apabila turut teruja menggunakan object dock.

Jangan risau. Mahu terus menggunakannya? Disebabkan diriku berminat akan dock ini ketika ini, jadi kajian dilakukan, bagaimana dapat menggunakannya dan berfungsi seperti mac. Lihat perkongsian di bawah.

Battery Status & Volume
1. Untuk mewujudkan battery status dan volume, anda hanya perlu mendownload file ini ObjectDock Docklets.rar (436KB)
2. Selesai download, extract folder berkenaan. Anda akan dapati 2 folder iaitu Power dan Master Volume.
3. Buka fail objectdock dlm program files, location C:\Program Files\Stardock\ObjectDockFree\Docklets (32bit pc) atau C:\Program Files (x86)\Stardock\ObjectDockFree\Docklets (64bit pc).
4. Kemudian paste kedua-dua folder berkenaan yang didownloadkan tadi di sini.
5. Right-click pada objectdock, klik Add>Docklets>Power, Master Volume
6. Kedua-dua icon akan keluar. Selesai

USB Safely Remove
1. Download file ini USB Safely Remove.exe (717KB)
2. Right-click pada objectdock, klik Add>Shortcut>Blank Shortcut
3. Browse file yang di download tadi di Link
4. Biarkan kolum Run sebagai Normal Window
5. Change icon jika mahu
6. OK

Wifi
1. Right-click pada objectdock, klik Add>Shortcut>Blank Shortcut
2. Title: wifi.bat
3. Link: C:\Windows\System32\rundll32.exe
4. Arguments: van.dll,RunVAN
5. Start in: C:\Windows\system32
6. Run: Normal Window
7. Change icon jika mahu
8. OK

Done. So, you can use your dock happily! ^^,
Satisfied? Macam pc apple gitu =)
Moga membantu. fmnstudio

Welcome

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More